Kali ini, saya berminat untuk berkongsikan mengenai topik 'SKIZOFRENIA'.. . menurut definisi perubatan - DSM IV (1994), si penghidap akan hidup
dalam dunia lain yang seakan-akan khayalan dan tidak sejajar dengan apa
yang berlaku dengan kenyataannya. Sebenarnya, masih ramai masyarakat di Malaysia salah faham akan jenis penyakit psikosis ini dengan sewenang-wenangnya menganggap mereka yang disahkan 'Skizofrenia' sebagai 'gila' !Tidak semua pesakit skizofrenia itu gila, kerana masih ramai lagi yang mampu hidup seperti insan lain di luar.Seperti diketahui, skizofrenia terbahagi kepada dua jenis iaitu simptom positif dan negatif. Manakala, ia dikategorikan kepada tiga kelas iaitu
'disorganised' , paranoid dan
catatonic. Kecelaruan skizofrenia dan kecelaruan psikotik merupakan dua jenis penyakit jiwa yang boleh dikatakan agak serius. Lazimnya mereka yang mengalami kecelaruan ini dikatakan mengalami masalah psikosis. Psikosis adalah keadaan yang mana si penghidap akan mengalami masalah hilang hubungan dengan dunia nyata. Untuk itu, di bawah ini disertakan bersama input yang dikeluarkan dari Harian Metro mengenai kecelaruan psikosis :
Simptom psikosis :
- Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit.
- Berasa Keliru.
- Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
- Mempuyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi)
- Percakapan banyak merapu dan mengarut.
- Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.
Antara punca :
- Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental.
- Mempunyai sejarah sakit mental.
- Melahirkan anak (primaparity).
- Mengalami komplikasi ketika hamil.
- Mengalami komplikasi ketika bersalin.
- Masalah sosial.
No comments:
Post a Comment