Satu topik menarik untuk dikongsi pada minggu ini melibatkan antara cabang kecelaruan seksual - parafilia. Menurut pakar seksual lelaki, wanita dan reproduktif, Dr. Ismail Thamby, parafilia dikaitkan dengan kecelaruan mental yang menyerang penghidap masalah psikologi bipolar. “Penghidap
ini akan mengalami dua situasi berbeza pada satu-satu masa sama ada
riang atau murung dalam tempoh tertentu,” ujarnya yang melihat punca
lain parafilia disebabkan ketagihan peribadi yang timbul berdasarkan
perkembangan minat pada mulanya. Antara sedar atau tidak, semakin dunia maju dan berkembang semakin banyaklah cabang lencongan seksual yang kian merunsingkan. Malahan, ada antaranya sanggup mendapatkan kepuasan dengan haiwan mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh ! Terdapat sembilan subkelas berhubung dengan lencongan seksual parafilia termasuklah :
Fetis- suatu keadaan di mana seseorang mendapatkan kepuasan seks melalui objek yang idak bernyawa termasuklah pakaian, kasut, kerusi dan sebagainya.
Transvestisme- keadaan di mana seseorang gemar memakai pakaian berlawanan jantina. contohnya, lelaki memakai pakaian dalam wanita untuk membangkitkan keinginan seksualnya.
Zoofilia- seseorang yang menggunakan imaginasi seksnya terhadap haiwan untuk mendapatkan kepuasan sek.
Pendofilia - kecenderungan seseorang untuk menggunakan kanak-kanak yang masih belum baligh sebagai objek seks atau fantasi seks. kebiasaanya mereka yang mengalami lencongan seksual pendofilia tidak mudah mendapatkan kepuasan seksual bersama pasangan dewasanya.
Ekshibisionisme - kebiasaanya dilakukan oleh kaum lelaki, di mana ia seringkali menunjukkan alat kelaminnya kepada mereka yang tidak dikenali bagi memperoleh kepuasan sek. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak melibatkan hubungan seks kerana seseorang itu hanya aksi mempamerkan alat kelaminnya sahaja.
Voyeurisme - perbuatan mengintai yang tidak melibatkan hubungan seks seperti mengintai seseorang sedang mandi dan menyalin pakaian.
Masokisme seksual- keadaan di mana seseorang yang merelakan dirinya disakiti dan dimalukan untuk mendapatkan kepuasan seks.
Sadisme - seksual atau kekejaman seks. Keadaan ini berlaku apabila seseorang bertindak memukul, menyakiti, mendera pasangannya yang sendiri merelakan diri untuk diperlaku sedemikian untuk mendapatkan kepuasan seks.
Parafilia Tak Tipikal (Atipikal) - kecelaruan seks yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas seperti koprofilia, frotteurisme, bahasa lucah, urofilia.
Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri
lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit
tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV
(Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan Diagnosis Gangguan Jiwa).
Penyakit psikosis boleh dirawat melalui dua cara iaitu samada terapi biologi ataupun psikoterapi. Menurut Kaplan dan Saddock (2003), terapi biologi adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan simptom-simptom kecelaruan psikologi dengan mengubah cara tubuh badan berfungsi. Terdapat tiga cabang terapi biologi yang diberikan iaitu terapi ubat-ubatan, penggunaan TEK ( terapi kejutan arus elektrik 70 - 150 volt), dan psikosurgeri.
Manakala, kaedah rawatan psikoterapi pula meliputi terapi psikoterapi psikodinamik, psioterapi kemanusian, psikoterapi tingkahlaku, terapi kognitif dan pendekatan sosiobudaya. Walaupun kaedah terapi atau rawatan adalah berbeza namun tunjang matlamatnya adalah satu - untuk mengembalikan kesejahteraan diri pesakit akibat daripada ketidakupayaan untuk menangani cabaran hidup.
Penggunaan ubat-ubatan adalah jauh lebih berkesan daripada rawatan psikoterapi. Hal ini dmikian bahan dalam ubat-ubatan (dadah) memberi kesan panjang kepada sistem biologi otak pesakit. Namun begitu, untuk mendapatkan keberkesanan maksimum pengambilan ubat-ubatan berasaskan dadah ini mestilah diambil secara berterusan untuk satu tempoh masa yang mencukupi sepertimana yang dicadangkan oleh psikiatri.
Ubat-ubatan (dadah) yang digunakan dalam terapi biologi terbahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu ubat-ubatan psikotropik, psikoaktif, dan psikoterapeutik. Bahkan, ubat-ubatan tersebut pula terbahagi lagi tiga kategori, iaitu :
ubat-ubatan antipsikotik/neuroleptik - untuk mengubati penyakit psikosis
ubat-ubatan antikemurungan - untuk merawat kecelaruan kemurungan
ubat-ubatan antikebimbangan - untuk merawat kecelaruan kebimbangan
Hari ini mari kita belajar seni bahasa badan atau bahasa nonverbal. Melalui bahasa tubuh badan ini dapat membantu kita dalam beberapa aspek dalam kehidupan termasuk personaliti individu, kebenaran percakapan, pemikiran atau andaian, dan sebagainya. Ini bukanlah formula sebenar untuk kita begitu fanatik tetapi cukuplah sekadar sandaran sisi bagi masing-masing sedar akan bahasa tubuh serta menunjukkan bagaimana manusia berhubung antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis bahasa badan yang boleh dipelajari. Antaranya kontak mata, pergerakan tangan, kaki, jari-jemari, pernafasan, warna kulit, dan sebagainya.
Di bawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika berbicara dengan seseorang : 1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau
kaki dapat menunjukkan bahawa anda tertutup terhadap lawan bicara anda
dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu
posisi tangan dan kaki anda. 2. Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat
hubungan pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah
mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan
menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan bicara anda
menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda,
memang anda akan merasakan ketidakselesaan pada saat pertama kali. Namun
lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti. 3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya pada diri dan selesa dengan posisi anda. 4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di
kedua bahu anda. Biasanya terlihat daripada posisi bahu yang sedikit
terangkat dan maju ke depan. Cubalah untuk mengendurkan ketegangan
dengan menggerakkan bahu anda dan biarkan posisinya ke
belakang atau bersandar. 5. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun
bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat)
layaknya burung pelatuk , karena anda akan terlihat seperti dibuat-buat. 6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak bergairah, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam koridor santai, tidak tegang. 7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang
disampaikan oleh lawan bicara anda, condongkan sedikit tubuh anda ke
arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti
akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan santai,
condongkan sedikit badan anda ke belakang. Namun juga jangan terlalu
condong, karena anda akan terlihat arogan. 8. Tersenyum dan tertawa.
Bercerialah, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa
jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung
mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun
juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri
yang menceritakan cerita lucu nya, karena anda akan terkesan gugup dan
seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula
tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu
dibalik senyuman anda. 9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda berbicara dengan seseorang. Anda
akan terlihat seperti tidak selesa berbicara dengan lawan bicara anda
dan juga terlihat seperti orang yang rendah diri. 10. Jangan terburu-buru.
Bagi anda yang mempunyai kebiasaan
berjalan dengan cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda.
Selain anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga
akan merasakan tingkat stress anda berkurang. 11. Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahawa anda gelisah.
Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau
mengetuk-ngetuk jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan
semacam itu menunjukkan bahawa anda gugup dan dapat mengganggu perhatian
lawan bicara atau orang-orang yang sedang berbicara dengan anda. 12. Efektifkan penggunaan tangan anda.
Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat
mengganggu perhatian lawan bicara anda, seperti disebutkan dalam point
11 diatas, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu
menjelaskan apa yang anda sampaikan. 13. Rendahkan gelas minuman anda.
Seringkali kita berbicara dengan seseorang sambil memegang gelas
minum di depan dada kita. Sikap ini agak kurang baik kerana akan membuat
‘jarak’ yang cukup jauh antara anda dengan lawan bicara anda. Rendahkan
posisi gelas minuman anda, bahkan jika perlu anda memegangnya sampai di
dekat kaki. 14. Jangan berdiri terlalu dekat.
Orang yang merubah posisinya menjadi terlalu dekat pada lawan bicaranya menandakan bahawa ia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai
maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan bicaranya
menjadi tidak selesa. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan
lawan bicara anda. 15. Jagalah selalu sikap anda.
Tetaplah jaga sikap yang positif, terbuka dan santai.
Perlu diingat bahwa anda dapat merubah bahasa tubuh yang kurang baik,
tentu saja selama anda memahami bahawa untuk menciptakan kebiasaan yang
baru memerlukan sebuah proses. Jangan sesekali mencuba melakukan kesemuanya sekaligus kerana akan membuat anda bingung dan kepenatan.
Fokus saja pada 2-3 bahasa tubuh yang menjadi prioriti anda dan
perbaiki terus menerus selama 3-4 minggu.
Di sini turut disertakan video mengenai bahasa badan yang boleh membantu anda mengenai bahasa badan/nonverbal ini beserta maksud tersiratnya ......