Monday, 10 December 2012

Mengenali Wanita Melalui Cara Mereka Berjalan

1. Sewaktu berjalan, jika dilihat dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Glongan wanita yang jalannya terjingkit-jingkit sedikit, dikatakan kononnya wanita seperti ini agak tidak  jujur. Jika berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang tergolong dalam lingkungan ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Akan tetapi, janganlah berkecil hati apatah lagi wanita seperti ini menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Ketika berjalan, sering menoleh ke kiri dan kanan.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun ramai lelaki berusaha untuk menakluki hatinya. Kononnya, wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3.Suka menunduk ketika berjalan.

 Wanita seperti ini mempunyai sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluki hatinya, Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti initidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita ini, berkemungkinan akan mendapat kebahagiaan. Hal ini kerana wanita ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Ketika berjalan menatap lurus ke hadapan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya. Jangan sesekali menentang apa yang pernah dikatakannya, jika anda tidak mahu mereka berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi diaa selalu berselisih endapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mah berbual dengan mereka yang berpengetahuan luas.

5.Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanitaa yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada di hadapannya, ia dianggap kecil ! Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Ketika berjalan badan kelihatan tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Mereka tidak mahu urusan peribadina dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dirinya memiliki pendirian teguh. Yang menarik mengenai wanita ini adalah mereka bertanggungjawab terhadapapa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdiari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Ketika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke hadapan dan ke belakang, Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Mereka seorang yang mudah terasa dan tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini haruslah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung. Kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


No comments:

Post a Comment