Tuesday, 13 November 2012

Kecelaruan Seksual - Parafilia

Satu topik menarik untuk dikongsi pada minggu ini melibatkan antara cabang kecelaruan seksual - parafilia. Menurut pakar seksual lelaki, wanita dan reproduktif, Dr. Ismail Thamby, parafilia dikaitkan dengan kecelaruan mental yang menyerang penghidap masalah psikologi bipolar.
“Penghidap ini akan mengalami dua situasi berbeza pada satu-satu masa sama ada riang atau murung dalam tempoh tertentu,” ujarnya yang melihat punca lain parafilia disebabkan ketagihan peribadi yang timbul berdasarkan perkembangan minat pada mulanya.

          Antara sedar atau tidak, semakin dunia maju dan berkembang semakin banyaklah cabang lencongan seksual yang kian merunsingkan. Malahan, ada antaranya sanggup mendapatkan kepuasan dengan haiwan mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh ! 
         Terdapat sembilan subkelas berhubung dengan lencongan seksual parafilia termasuklah :
  1. Fetis - suatu keadaan di mana seseorang mendapatkan kepuasan seks melalui objek yang idak bernyawa termasuklah pakaian, kasut, kerusi dan sebagainya.
  2. Transvestisme - keadaan di mana seseorang gemar memakai pakaian berlawanan jantina. contohnya, lelaki memakai pakaian dalam wanita untuk membangkitkan keinginan seksualnya.
  3.  Zoofilia - seseorang yang menggunakan imaginasi seksnya terhadap haiwan untuk mendapatkan kepuasan sek.
  4.  Pendofilia - kecenderungan seseorang untuk menggunakan kanak-kanak yang masih belum baligh sebagai objek seks atau fantasi seks. kebiasaanya mereka yang mengalami lencongan seksual pendofilia tidak mudah mendapatkan kepuasan seksual bersama pasangan dewasanya.
  5. Ekshibisionisme - kebiasaanya dilakukan oleh kaum lelaki, di mana ia seringkali menunjukkan alat kelaminnya kepada mereka yang tidak dikenali bagi memperoleh kepuasan sek. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak melibatkan hubungan seks kerana seseorang itu hanya aksi mempamerkan alat kelaminnya sahaja.
  6. Voyeurisme - perbuatan mengintai yang tidak melibatkan hubungan seks seperti mengintai seseorang sedang mandi dan menyalin pakaian.
  7. Masokisme seksual - keadaan di mana seseorang yang merelakan dirinya disakiti dan dimalukan untuk mendapatkan kepuasan seks.
  8. Sadisme - seksual atau kekejaman seks. Keadaan ini berlaku apabila seseorang bertindak memukul, menyakiti, mendera pasangannya yang sendiri merelakan diri untuk diperlaku sedemikian untuk mendapatkan kepuasan seks.
  9. Parafilia Tak Tipikal (Atipikal) - kecelaruan seks yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas seperti koprofilia, frotteurisme, bahasa lucah, urofilia.

No comments:

Post a Comment