Sunday, 11 November 2012

Penyakit Psikosis dan Ubat-Ubatan yang Digunakan


Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan Diagnosis Gangguan Jiwa).  
Penyakit psikosis boleh dirawat melalui  dua cara iaitu samada terapi biologi ataupun psikoterapi. Menurut Kaplan dan Saddock (2003), terapi biologi adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan simptom-simptom kecelaruan psikologi dengan mengubah cara tubuh badan berfungsi. Terdapat tiga cabang terapi biologi yang diberikan iaitu terapi ubat-ubatan, penggunaan TEK ( terapi kejutan arus elektrik 70 - 150 volt), dan psikosurgeri.
           Manakala, kaedah rawatan psikoterapi pula meliputi  terapi psikoterapi psikodinamik, psioterapi kemanusian, psikoterapi tingkahlaku, terapi kognitif dan pendekatan sosiobudaya. Walaupun kaedah terapi atau rawatan adalah berbeza namun tunjang matlamatnya adalah satu - untuk mengembalikan kesejahteraan diri pesakit akibat daripada ketidakupayaan untuk menangani cabaran hidup.
                Penggunaan ubat-ubatan adalah jauh lebih berkesan daripada rawatan psikoterapi. Hal ini dmikian bahan dalam ubat-ubatan (dadah) memberi kesan panjang kepada sistem biologi otak pesakit. Namun begitu, untuk mendapatkan keberkesanan maksimum pengambilan ubat-ubatan berasaskan dadah ini mestilah diambil secara berterusan untuk satu tempoh masa yang mencukupi sepertimana yang dicadangkan oleh psikiatri.
                 Ubat-ubatan (dadah) yang digunakan dalam terapi biologi terbahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu ubat-ubatan psikotropik, psikoaktif, dan psikoterapeutik. Bahkan, ubat-ubatan tersebut pula terbahagi lagi tiga kategori, iaitu :
  • ubat-ubatan antipsikotik/neuroleptik - untuk mengubati penyakit psikosis
  • ubat-ubatan antikemurungan - untuk merawat kecelaruan kemurungan
  • ubat-ubatan antikebimbangan - untuk merawat kecelaruan kebimbangan


Penyakit Psikosis
Nama Ubat-Ubatan (Dadah)
Kecelaruan Tourette Dan Tik
Clonidine, Guanfacine, Haloperidol (Haldol), Pimozide (Orap), Respiradone (Risperidal), Olanzapine (Zyprexa)
Hiperaktif (Kanak-Kanak)
Clonidine, Guanfacine, Methylphenidate (Ritalin), Dextroamphatamne (Dexedrine)
Kecelaruan Postraumatik
Clonidine, Guanfacine
Kecelaruan Manik
Lithium, Clonazepan (Klunopin), Lorazepam
Kecelaruan Kemurungan
Alprazolam, Lithium, Pindalol, Benzodiapines
Parkinson
Benzodiapines, Zolpidem, Amantadine, Thioridazine,Benztropine
Kecelaruan Agresif Dan Keganasan
Lipophilic, Propanolol, Nadolol, Pindolol, Labetalol, Metaprolol, Atenolol, Acebutolol
Kecelaruan Kebimbangan
Propanolol
Kecelaruan Panik Dan Fobia Social
Benzodiapines, Clonazepam, Alparozam
Insomnia
Flurazepam, Temaazepam, Quazepam, Estazolam, Trazolam
Kecelaruan Bipolar I
Lithium, Clonazepam, Alprazolam, Tegretol, Lamotigine, Gabapentin, Topiaramate, Tiagabine
Skizofrenia/Skizofrenia Afektif
Lithium, Respiradone, Olanzapine, Quetiapine
Kecelaruan Obsessif Kompulsif
Valproate, Gabapentin, Clonazelam, Benzodiapines

No comments:

Post a Comment