Thursday, 3 January 2013

Kecelaruan Tidur

Secara umumnya, manusia dewasa memerlukan lebih kurang 8 jam manakala kanak-kanak pula memerlukan masa yang lebih panjang untuk membolehkan sistem tubuh badan berfungsi dengan baik. Akibat munculnya simptom-simptom kecelaruan tidur inilah yang memungkinkan seseorang mengalami sakit-sakit, stress,berasa cepat marah, sukar mengawal emosi, sukar memberikan tumpuan/perhatian, dan sebagainya. Kecelaruan tidur boLeh dibahagikan kepada empat subkelas termasuklah dissomanias, parasomanias, kecelaruan tidur berkaitan dengan kecelaruan mental dan yang terakhir, kecelaruan tidur berpunca daripada masalah perubatan.

1. Kecelaruan dissomanias :
  • kesukaran untuk tidur
  • tidak boleh sama sekali
  • sering terjaga sewaktu tidur iaitu sesak nafas, dan berdengkur, ketidaktentuan waktu tidur (disebabkan kerja mahupun sakit)
2. kecelaruan parasomanias 
  • gsngguan mimpi sewaktu tidur
  • tidur berjalan
  • ketakutakan sewaktu tidur seperti menjerit atau menangis secara tiba-tiba
3 Kecelaruan tidur berpunca daripada masalah perubatan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan seseorang sukar untuk tidur. Kebiasaannya, ubat jenis ini menjadikan mereka berasa segar dan tidak boleh tidur sepanjang hari malahan mungkin dua hari atau lebih. Begitu juga, mereka yang mengambil ubat-ubatan yang menyebabkannya mudah untuk tidur juga turut dikategorikan dalam subkelas ini.

4.Kecelaruan tidur berkaitan dengan kecelaruan mental disebabkan oleh dua faktor iaitu :
  • kebimbangan
  • kecacatan pada saraf

No comments:

Post a Comment