1. Sewaktu berjalan, jika dilihat dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Glongan wanita yang jalannya terjingkit-jingkit sedikit, dikatakan kononnya wanita seperti ini agak tidak jujur. Jika berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang tergolong dalam lingkungan ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Akan tetapi, janganlah berkecil hati apatah lagi wanita seperti ini menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Ketika berjalan, sering menoleh ke kiri dan kanan.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun ramai lelaki berusaha untuk menakluki hatinya. Kononnya, wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3.Suka menunduk ketika berjalan.
Wanita seperti ini mempunyai sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluki hatinya, Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti initidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita ini, berkemungkinan akan mendapat kebahagiaan. Hal ini kerana wanita ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Ketika berjalan menatap lurus ke hadapan.
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya. Jangan sesekali menentang apa yang pernah dikatakannya, jika anda tidak mahu mereka berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi diaa selalu berselisih endapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mah berbual dengan mereka yang berpengetahuan luas.
5.Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanitaa yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada di hadapannya, ia dianggap kecil ! Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Ketika berjalan badan kelihatan tegak.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Mereka tidak mahu urusan peribadina dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dirinya memiliki pendirian teguh. Yang menarik mengenai wanita ini adalah mereka bertanggungjawab terhadapapa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdiari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Ketika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke hadapan dan ke belakang, Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Mereka seorang yang mudah terasa dan tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini haruslah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung. Kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Monday, 10 December 2012
Monday, 3 December 2012
Skizofrenia
Kali ini, saya berminat untuk berkongsikan mengenai topik 'SKIZOFRENIA'.. . menurut definisi perubatan - DSM IV (1994), si penghidap akan hidup
dalam dunia lain yang seakan-akan khayalan dan tidak sejajar dengan apa
yang berlaku dengan kenyataannya. Sebenarnya, masih ramai masyarakat di Malaysia salah faham akan jenis penyakit psikosis ini dengan sewenang-wenangnya menganggap mereka yang disahkan 'Skizofrenia' sebagai 'gila' !Tidak semua pesakit skizofrenia itu gila, kerana masih ramai lagi yang mampu hidup seperti insan lain di luar.Seperti diketahui, skizofrenia terbahagi kepada dua jenis iaitu simptom positif dan negatif. Manakala, ia dikategorikan kepada tiga kelas iaitu 'disorganised' , paranoid dan catatonic. Kecelaruan skizofrenia dan kecelaruan psikotik merupakan dua jenis penyakit jiwa yang boleh dikatakan agak serius. Lazimnya mereka yang mengalami kecelaruan ini dikatakan mengalami masalah psikosis. Psikosis adalah keadaan yang mana si penghidap akan mengalami masalah hilang hubungan dengan dunia nyata. Untuk itu, di bawah ini disertakan bersama input yang dikeluarkan dari Harian Metro mengenai kecelaruan psikosis :
Simptom psikosis :
Antara punca :
Simptom psikosis :
- Mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku, pemikiran dan perasaan mereka dan mampu menjejaskan kewarasan pesakit.
- Berasa Keliru.
- Terdengar suara ghaib berkomunikasi dengan mereka (halusinasi)
- Mempuyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi dengan orang lain (delusi)
- Percakapan banyak merapu dan mengarut.
- Berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah secara tiba-tiba tanpa sebab.
Antara punca :
- Mempunyai keturunan yang mengalami sakit mental.
- Mempunyai sejarah sakit mental.
- Melahirkan anak (primaparity).
- Mengalami komplikasi ketika hamil.
- Mengalami komplikasi ketika bersalin.
- Masalah sosial.
Tuesday, 13 November 2012
Kecelaruan Seksual - Parafilia
Satu topik menarik untuk dikongsi pada minggu ini melibatkan antara cabang kecelaruan seksual - parafilia. Menurut pakar seksual lelaki, wanita dan reproduktif, Dr. Ismail Thamby, parafilia dikaitkan dengan kecelaruan mental yang menyerang penghidap masalah psikologi bipolar.
“Penghidap ini akan mengalami dua situasi berbeza pada satu-satu masa sama ada riang atau murung dalam tempoh tertentu,” ujarnya yang melihat punca lain parafilia disebabkan ketagihan peribadi yang timbul berdasarkan perkembangan minat pada mulanya.
Antara sedar atau tidak, semakin dunia maju dan berkembang semakin banyaklah cabang lencongan seksual yang kian merunsingkan. Malahan, ada antaranya sanggup mendapatkan kepuasan dengan haiwan mahupun kanak-kanak yang masih belum baligh !
Terdapat sembilan subkelas berhubung dengan lencongan seksual parafilia termasuklah :

- Fetis - suatu keadaan di mana seseorang mendapatkan kepuasan seks melalui objek yang idak bernyawa termasuklah pakaian, kasut, kerusi dan sebagainya.
- Transvestisme - keadaan di mana seseorang gemar memakai pakaian berlawanan jantina. contohnya, lelaki memakai pakaian dalam wanita untuk membangkitkan keinginan seksualnya.
- Zoofilia - seseorang yang menggunakan imaginasi seksnya terhadap haiwan untuk mendapatkan kepuasan sek.
- Pendofilia - kecenderungan seseorang untuk menggunakan kanak-kanak yang masih belum baligh sebagai objek seks atau fantasi seks. kebiasaanya mereka yang mengalami lencongan seksual pendofilia tidak mudah mendapatkan kepuasan seksual bersama pasangan dewasanya.
- Ekshibisionisme - kebiasaanya dilakukan oleh kaum lelaki, di mana ia seringkali menunjukkan alat kelaminnya kepada mereka yang tidak dikenali bagi memperoleh kepuasan sek. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak melibatkan hubungan seks kerana seseorang itu hanya aksi mempamerkan alat kelaminnya sahaja.
- Voyeurisme - perbuatan mengintai yang tidak melibatkan hubungan seks seperti mengintai seseorang sedang mandi dan menyalin pakaian.
- Masokisme seksual - keadaan di mana seseorang yang merelakan dirinya disakiti dan dimalukan untuk mendapatkan kepuasan seks.
- Sadisme - seksual atau kekejaman seks. Keadaan ini berlaku apabila seseorang bertindak memukul, menyakiti, mendera pasangannya yang sendiri merelakan diri untuk diperlaku sedemikian untuk mendapatkan kepuasan seks.
- Parafilia Tak Tipikal (Atipikal) - kecelaruan seks yang tidak termasuk dalam mana-mana kategori di atas seperti koprofilia, frotteurisme, bahasa lucah, urofilia.
Sunday, 11 November 2012
Penyakit Psikosis dan Ubat-Ubatan yang Digunakan
Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri
lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit
tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV
(Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan Diagnosis Gangguan Jiwa).
Penyakit psikosis boleh dirawat melalui dua cara iaitu samada terapi biologi ataupun psikoterapi. Menurut Kaplan dan Saddock (2003), terapi biologi adalah rawatan yang diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan simptom-simptom kecelaruan psikologi dengan mengubah cara tubuh badan berfungsi. Terdapat tiga cabang terapi biologi yang diberikan iaitu terapi ubat-ubatan, penggunaan TEK ( terapi kejutan arus elektrik 70 - 150 volt), dan psikosurgeri.
Manakala, kaedah rawatan psikoterapi pula meliputi terapi psikoterapi psikodinamik, psioterapi kemanusian, psikoterapi tingkahlaku, terapi kognitif dan pendekatan sosiobudaya. Walaupun kaedah terapi atau rawatan adalah berbeza namun tunjang matlamatnya adalah satu - untuk mengembalikan kesejahteraan diri pesakit akibat daripada ketidakupayaan untuk menangani cabaran hidup.
Penggunaan ubat-ubatan adalah jauh lebih berkesan daripada rawatan psikoterapi. Hal ini dmikian bahan dalam ubat-ubatan (dadah) memberi kesan panjang kepada sistem biologi otak pesakit. Namun begitu, untuk mendapatkan keberkesanan maksimum pengambilan ubat-ubatan berasaskan dadah ini mestilah diambil secara berterusan untuk satu tempoh masa yang mencukupi sepertimana yang dicadangkan oleh psikiatri.
Ubat-ubatan (dadah) yang digunakan dalam terapi biologi terbahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu ubat-ubatan psikotropik, psikoaktif, dan psikoterapeutik. Bahkan, ubat-ubatan tersebut pula terbahagi lagi tiga kategori, iaitu :
- ubat-ubatan antipsikotik/neuroleptik - untuk mengubati penyakit psikosis
- ubat-ubatan antikemurungan - untuk merawat kecelaruan kemurungan
- ubat-ubatan antikebimbangan - untuk merawat kecelaruan kebimbangan
Penyakit Psikosis
|
Nama Ubat-Ubatan (Dadah)
|
Kecelaruan Tourette Dan Tik
|
Clonidine, Guanfacine, Haloperidol
(Haldol), Pimozide (Orap), Respiradone (Risperidal), Olanzapine (Zyprexa)
|
Hiperaktif (Kanak-Kanak)
|
Clonidine, Guanfacine, Methylphenidate
(Ritalin), Dextroamphatamne (Dexedrine)
|
Kecelaruan Postraumatik
|
Clonidine, Guanfacine
|
Kecelaruan Manik
|
Lithium, Clonazepan (Klunopin),
Lorazepam
|
Kecelaruan Kemurungan
|
Alprazolam, Lithium, Pindalol,
Benzodiapines
|
Parkinson
|
Benzodiapines, Zolpidem, Amantadine,
Thioridazine,Benztropine
|
Kecelaruan Agresif Dan Keganasan
|
Lipophilic, Propanolol, Nadolol,
Pindolol, Labetalol, Metaprolol, Atenolol, Acebutolol
|
Kecelaruan Kebimbangan
|
Propanolol
|
Kecelaruan Panik Dan Fobia Social
|
Benzodiapines, Clonazepam, Alparozam
|
Insomnia
|
Flurazepam, Temaazepam, Quazepam,
Estazolam, Trazolam
|
Kecelaruan Bipolar I
|
Lithium, Clonazepam, Alprazolam,
Tegretol, Lamotigine, Gabapentin, Topiaramate, Tiagabine
|
Skizofrenia/Skizofrenia Afektif
|
Lithium, Respiradone, Olanzapine,
Quetiapine
|
Kecelaruan Obsessif Kompulsif
|
Valproate, Gabapentin, Clonazelam,
Benzodiapines
|
15 Bahasa tubuh badan yang harus dipelajari
Hari ini mari kita belajar seni bahasa badan atau bahasa nonverbal. Melalui bahasa tubuh badan ini dapat membantu kita dalam beberapa aspek dalam kehidupan termasuk personaliti individu, kebenaran percakapan, pemikiran atau andaian, dan sebagainya. Ini bukanlah formula sebenar untuk kita begitu fanatik tetapi cukuplah sekadar sandaran sisi bagi masing-masing sedar akan bahasa tubuh serta menunjukkan bagaimana manusia berhubung antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis bahasa badan yang boleh dipelajari. Antaranya kontak mata, pergerakan tangan, kaki, jari-jemari, pernafasan, warna kulit, dan sebagainya.
Di bawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika berbicara dengan seseorang :
1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahawa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahawa anda tertutup terhadap lawan bicara anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.
2. Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat hubungan pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), kerana akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidakselesaan pada saat pertama kali. Namun lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.
3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri mahupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya pada diri dan selesa dengan posisi anda.
4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat daripada posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cubalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan biarkan posisinya ke belakang atau bersandar.
5. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) layaknya burung pelatuk
, karena anda akan terlihat seperti dibuat-buat.
6. Jangan membongkok, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahawa anda tidak bergairah, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam koridor santai, tidak tegang.
7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lawan bicara anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong kerana anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan santai, condongkan sedikit badan anda ke belakang. Namun juga jangan terlalu condong, karena anda akan terlihat arogan.
8. Tersenyum dan tertawa.
Bercerialah, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucu nya, karena anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus karena anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.
9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda berbicara dengan seseorang. Anda akan terlihat seperti tidak selesa berbicara dengan lawan bicara anda dan juga terlihat seperti orang yang rendah diri.
10. Jangan terburu-buru.
Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.
11. Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahawa anda gelisah.
Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau mengetuk-ngetuk jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan semacam itu menunjukkan bahawa anda gugup dan dapat mengganggu perhatian lawan bicara atau orang-orang yang sedang berbicara dengan anda.
12. Efektifkan penggunaan tangan anda.
Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat mengganggu perhatian lawan bicara anda, seperti disebutkan dalam point 11 diatas, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu menjelaskan apa yang anda sampaikan.
13. Rendahkan gelas minuman anda.
Seringkali kita berbicara dengan seseorang sambil memegang gelas minum di depan dada kita. Sikap ini agak kurang baik kerana akan membuat ‘jarak’ yang cukup jauh antara anda dengan lawan bicara anda. Rendahkan posisi gelas minuman anda, bahkan jika perlu anda memegangnya sampai di dekat kaki.
14. Jangan berdiri terlalu dekat.
Orang yang merubah posisinya menjadi terlalu dekat pada lawan bicaranya menandakan bahawa ia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan bicaranya menjadi tidak selesa. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan lawan bicara anda.
15. Jagalah selalu sikap anda.
Tetaplah jaga sikap yang positif, terbuka dan santai.
Perlu diingat bahwa anda dapat merubah bahasa tubuh yang kurang baik, tentu saja selama anda memahami bahawa untuk menciptakan kebiasaan yang baru memerlukan sebuah proses. Jangan sesekali mencuba melakukan kesemuanya sekaligus kerana akan membuat anda bingung dan kepenatan.
Fokus saja pada 2-3 bahasa tubuh yang menjadi prioriti anda dan perbaiki terus menerus selama 3-4 minggu.
Di sini turut disertakan video mengenai bahasa badan yang boleh membantu anda mengenai bahasa badan/nonverbal ini beserta maksud tersiratnya ......

Subscribe to:
Comments (Atom)